Wednesday, 24 April 2019

Jenis - jenis penapis air digunakan di dalam produk Penapis Air Coway

Terdapat 6 langkah inovatif yang digunakan didalam penapisan produk Coway Sdn Bhd. Coway memahami bahawa setiap orang mempunyai pendapat yang berbeza terhadap air yang mereka ambil setiap hari. Oleh itu, Coway telah menawarkan pelbagai teknologi penapisan bagi memenuhi keperluan yang pelbagai oleh pelanggan kami.

Mari kita lihat langkah-langkah tapisan yang terdapat didalam produk penapis air Coway ;

Langkah-langkah yang terdapat didalam penapis air Coway 

Terdapat lima tapisan yang berbeza didalam produk Coway ini iaitu;

1. Plus Sediment Filter
2. Pre Carbon Filter
3. Nano Trap, NF Membrane, RO Membrane
4. Post Carbon Filter
5. Fine Filter
6. Ceramic Filter

Kesemua penapis ini terkandung didalam 3 langkah utama iaitu langkah pertama Neo-sense Filter, Main Filter dan juga Plus Inno-sense yang akan mengandungi kesemua penapis-penapis diatas ini. Dibawah akan Fauzi akan terangkan dengan lebih lanjut.

Neo-sense Filter (1+2)

Didalam penapisan neo-sense, terdapat penapis pertama dan kedua iaitu Plus  Sediment Filter dan Pre Carbon Filter. Ia digunakan untuk mengurangkan zarah-zarah, bahan pencemar yang larut, klorin dan sebatian organik ang tidak menentu dan sebagainya. 

Plus Sediment Filter 
Pre Carbon Filter

Main Filter (3)

Penapisan yang digunakan disini akan menentukan jenis air tapisan yang akan dikeluarkan dari mesin penapis air Coway. Terdapat tiga penapis utama iaitu Nano Trap, NF Membrane dan juga RO Membrane. Ketiga-tiga ini mempunyai fungsi yang berbeza iaitu Nano Trap akan menghasilkan air mineral seperti yang terdapat didalam produk NEO. NF Membrane (nano filter) pula digunakan untuk menghasilkan air alkali dan penapis ini hanya terdapat di produk INCEPTION. Dan akhir sekali adalah RO Membrane (Reverse Osmosis) adalah penapis yang akan menghasilkan air jenis osmosis berbalik. Ia terdapat pada hampir semua produk penapis air Coway kecuali produk NEO dan INCEPTION. 

Nano Trap Filter Coway 

NF Membrane Filter
RO Membrane Filter








Plus Inno-sense 

Plus Inno-sense adalah langkah terakhir iaitu terdapat dua filter didalam langkah ini, Post Carbon filter dan juga Fine Filter yang tergabung menjadi satu filter utama. 

Plus Inno-sense Filter

Ceramic Filter adalah yang terakhir digunakan bagi membunuh bakteria yang terkandung didalam air minuman kita supaya lebih selamat diminum. Dengan adanya penapis-penapis ini, ia dapat memenuhi keperluan semua pengguna dan penapis yang digunakan adalah berkualiti dan bukan barangan OEM yang mana ia dihasilkan sendiri oleh syarikat Coway dan menggunakan baranagan yang halal.
Ceramic Filter 

Monday, 15 April 2019

Apa Coway ni?


Sejarah 

Diperkenalkan di Korea pada tahun 1989 dan telah memasuki pasaran Malaysia pada tahun 2006. Dengan kualiti produk yang tinggi dan secara menerus menambahbaik teknologi, terima kasih kepada pusat R&D Coway yang berpusat di Seoul National University, Coway telah menjadi syarikat pembersih air no 1 di Korea dan juga Malaysia. 


Research and Develop Coway di Seoul National University, Korea

No.1 Market Share & Brand Awareness


Coway mempunyai Share yang tinggi diserata dunia kerana kualiti barang dan juga kualiti servis mereka


Lebih berjuta pengguna Coway diserata dunia 

Di Malaysia sahaja, terdapat lebih kurang 1 juta pengguna penapis udara dan penapis udara kerana kualiti air dan udara di Malaysia pada zaman sekarang tidak terlalu bersih dan perlu di tapis. Hal ini supaya dapat mengelakkan penyakit yang berbahaya kepada rakyat di Malaysia. 

Reseachers


Terdapat lebih kurang 370 pengkaji yang bertaraf dunia yang berada di dalam syarikat ini
Di Coway, para pengkaji mempunyai skil bertaraf dunia bagi memastikan produk yang Coway hasilkan adlah berkualii dan tahan lama. Ini adalah sangat penting kerana kami mahukan pengguna mendapat pengalaman  penggunaan yang lebih bagus dan memuaskan hati mereka. 

  

Rekabentuk Produk 


Syarikat memenangi pelbagai anugerah dari pelbagai syarikat diatas rekabentuk yang menarik
Reka bentuk produk Coway telah ditambah baik dan telah diperbaharui supaya lebih menepati citarasa pengguna dan juga menepati cara penggunaanya yang lebih fleksible. Sebagai contoh, produk Villaem sekarang telah ditambah baik reka bentuk pada Villaem II supaya menepati citarasa pengguna. Juga terdapat produk yang memenangi Reddot Design Award iaitu model Petit. 
Villaem 1

Villaem II 
Petit dengan sensor sentuhan

*Fauzi Jani*

COWAY (M) SDN BHD 
(Taman Tun Dr. Ismail Branch)

HOTLINE:  +60197434458 

Pentingkah pembersih udara?

Air Purifiers Coway Lombok II

Udara

Satu hobi terbaik kita adalah berada dirumah dalam keadaan santai, boleh menikmati kemudahan dengan berada di tempat yang selamat. Akan tetapi, salah satu kemewahan paling penting adalah kualiti udara, yang mana ramai yang mengabaikannya.

Kita bergantung hidup dengan udara sebagai sumber pernafasan. Penjagaan kualiti udara dirumah kita adlah sangat penting. Dengan memasang pembersih udara dirumah, udara yang berada didalam rumah adalah lebih bersih. Untuk memastikan peredaran darah yang lebih baik, dan sistem kekebalan yang kuat, adlah penting untuk menjaga kebersihan udara disekeliling kita terutama di kawasan bandar-bandar yang memiliki risiko lebih tinggi untuk tercemar.

Kenapa Perlu Pembersih Udara?

Kulat didinding 


Mold 

Mold adalah jenis kulat yang memerlukan kelembapan, kehangatan dan makanan untuk berkembang dan ia mengeluarkab spora kecil yang tidak nampak dimata kasar. Ia biasa berkumpul dikawasan lembab seperti bilik mandi, dapur atau ruang bawah tanah. Penghuni akan berasa pening, alergi dan sakit kepala. Pembersih udara akan menghalang ia dari melekat didinding.

Bersin kerana udara kotor 

Alahan 

Asap rokok, debu, habuk, kotoran dan zarah udara lain sangat kecil dan tidak disedari dan zarah-zarah ini akan memberikan alahan yang teruk kepada mereka yang tidak tahan dengan zarah-zarah ini dan menjadikan mereka gatal mata, hidung berair, bersin, batuk atau bengkak dikelopak mata. Bagi menangkap zarah-zarah ini, pembersih udara yang berkualiti adalah sangat membantu.

Haiwan perliharaan yang menjadi kebiasan pecinta haiwan

Haiwan Perliharaan 

Mereka yang memiliki haiwan perliharaan dirumah sudah semestinya menggunakan vakum lebih banyak dari yang tiada haiwan perliharaan. American College of Allergy, Asthma and Immunology mengatakan bahawa alergi haiwan ini menjejaskan 10% populasi A.S. Alahan pula tidak hanya datang dari bulu haiwan sahaja, air liur, air kencing dan kelenjar kulit adalah sumber yang boleh melekat di perabot rumah.

Penapis HEPA adalah disarankan keran bukan hanya menapis sehingga 0.3 mikron, akan tetapi juga ia dapat menapis bau yang tidak menyenangkan dengan mengaktifkan karbon didalam penapis.

Asma adalah penyakit kronik melibatkan udara 

Asma

Pesakit asma adalah orang yang paling memerlukan pembersih udara. Ini kerana mereka udara yang tidak bersih akan menyebabkan mereka berasa sukar untuk bernafas. Akan tetapi, pembersih udara yang membebaskan ozon adalah tidak disarankan, Ini kerana, pembersih ozon akan memerangkap bau dengan mengubah komposisi zarah dan gas, tetapi ozon yang dikeluarkan dapat merengsakan paru-paru dan lantas mengaktifkan gejala asma.

Asap rokok menyebabkan pencemaran udara


Asap Rokok

Dan akhir sekali, asap rokok yang akan mencemarkan udara dalaman, mengeluarkan bau, asap dan pencemaran yang akan mencemarkan kawasan tertutup seperti dirumah. Asap rokok sukar dihilangkan kerana sudah melekat diperabot dan orang yang menghidu asap rokok adalah orang yang paling terancam terutama kanak-kanak, orang asma dan alergi. Menjalankan pembersih udara sepanjang hari dikawasan tertutp itu mampu mengeluarkan zarah-zarah dari asap rokok tersebut.

*Fauzi Jani*

COWAY (M) SDN BHD 
(Taman Tun Dr. Ismail Branch)

HOTLINE:  +60197434458 

Dari mana datangnya habuk?


Menurut kajian David Layton dan Paloma Beamer didalam artikel mereka yang bertajuk Migration of Contaminated Soil and Airborne Particulates to Indoor Dust, mereka menunjukkan bahawa habuk rumah tangga terdiri daripada potpurri, termasuk kulit mati manusia, serat dari permaidani dan perabot, tanah dan zarah udara dari dalam dan luar. Ia juga boleh merangkumi plumbum, arsenik dan lain-lain bahan yang berbahaya yang bergerak dari udara dan tanah dari luar.

Habuk yang berkumpul dirumah


Kepada kanak-kanak, habuk yang memasuki rumah ini boleh membahayakan kesihatan mereka sekiranya mereke meletakkan mainan yang tercemar habuk dan objek lain ke dalam mulut mereka.

Dengan menggunakan model komputer, para saintis dapat mengesan pembahagian tanah yang tercemar dan partikel udara dar luar ke dalam rumah dan mereka mendapati bahawa 60% habuk rumah berasal dari luar dan mereka juga menganggarkan bahawa hampir 60% daripada habuk lantai adalah dari udara disekeliling dengan bakinya berasal dari tanah yang telah dikesan.


*Fauzi Jani*

COWAY (M) SDN BHD 
(Taman Tun Dr. Ismail Branch)

HOTLINE:  +60197434458 

Saturday, 13 April 2019

Air Alkali : Adakah ia baik atau buruk?

Alkaline Water for Healthier Life 

Air Alkali? 

Mungkin ramai yang sering mendengar tentang air alkali ini, yang mana ada yang mengatakan ia dapat membantu melambatkan proses penuaan, mengawal tahap pH dalam badan kita dan juga mencegah penyakit kronik seperti kanser. Tetapi apa sebenarnya air alkali ini?

"Alkali" merujuk kepada paras pHnya. Seperti semua tahu, pH 1 adalah bermaksud sangat berasid dan sesuatu dengan pH 13 adalah sangat alkali.

Air alkali mempunyai tahap pH yang lebih tinggi dari air biasa dan disebabkan ini, ramai percaya ia dapat meneutralkan asid didalam tubuh badan kita.

Tahap air yang biasa adalah 7, manakala air alkali adlah 8 dan 9. Akan tetapi pH sahaja tidak mencukupi untuk mengakaliniti kan air. Air alkali mesti mengandungi mineral alkali dan berpotensi bagi mengurangkan oksidasi negatif (ORP).

Water Purifiers Inception dari Coway adalah salah satu product yang boleh menghasilkan Air Alkali 

Berfungsi ke Air Alkali ini? 

Air Alkali ini banyak kontoversinya di mana banyak pakar  kesihatan mengatakan tidak ada penyelidikan yang mencukupi untuk menyokong banyak tuntutan kesihatan yang dibuat oleh pengguna dan penjual. Walaupun begitu, terdapat kajian yang mana air ini membantu dalam keadaan yang tertentu.

Sebagai contoh, air ini dapat menyahaktifkan pepsin, enzim utama yang menyebabkan refluks asid.
Kajian lain turut mengatakan air ini sesuai bagi mereka yang mempunyai tekanan darah tinggi, diabetes dan kolestrol tinggi.


Kesan sampingan yang mungkin dan risiko air beralkali

Walaupun air ini dianggap selamat, ia juga boleh mendatangkan kesan sampingan yang negatif jika diambil secara tidak terkawal. Antaranya dapat menurunkn keasidan perut yang semula jadi, yang mana perut tidak dapat melakukan proses pencernaan dan membunuh bakteria. Jika diambil dalam kuantiti yang banyak akan menyababkan masalah gastrousus dan kerengsaan kulit seterusnya mengganggu pH dalam tubuh badan kita. 


Adakah ia Selamat ?

Minum air alkali semula jadi umumnya selamat kerana ia mengandungi mineral semula jadi. Walaubagaimanapun, kita harus berhati-hati dengan air beralkali buatan yang mungkin mengandungi mineral yang lebih sedikit daripada yang diperlukn untuk kesihatan yang baik daripada pH yang tinggi. Belebihan boleh menyebabkan kita kekurangan mineral. Adalah sebaiknya kita mengambil sebanyak dua kali sehari, diwaktu pagi dan diwaktu petang dan tidak secara berlebihan. 


*Fauzi Jani*

COWAY (M) SDN BHD 
(Taman Tun Dr. Ismail Branch)


HOTLINE:  +60197434458 

Apakah air mineral?


Mineral water didatangkan didalam pelbagai saiz botol dan sangat popular di serata dunia 

Berbeza dengan air Reverse Osmosis, air mineral adalah air yang mengandungi sejumlah besar mineral atau gas terlarut menurut editors di Enyclopaedia Britannica didalam artikal mereka yang bertajuk Mineral Water.  Menurut mereka lagi, air mineral yang asal dari mata semula jadi biasanya mempunyai kandungan kalsium karbonat yang tinggi, magnesium sulfat, kalium dan natrium sulfat. Karbon dioksida dan hidrogen sulfida jurut boleh diserap kedalam air mineral ini. Air mineral yang dibuat semula dengan menambahkan garam untuk air sulingan atau mengalirkannya dengan karbon dioksida adalah berbeza dengan air mineral yang semula jadi.

Kawasan yang kaya dengan sumber air mineral yang telah dijadikan spa kecantkan 
kerana kebaikan mineral terhadap kulit manusia


Sejak zaman purba orang telah bermandikan air dari mata air mineral, terutamanya mata air panas, kerana nilai therapeutic yang sepatutnya untuk penyakit sendi, arthritis, penyakit kulit, dan pelbagai penyakit lain.

Banyak mata air seperti itu menjadi tempat untuk spa dan resort kesihatan, beberapa yang paling terkenal adalah Bath, Somerset, England; Baden-Baden dan Wiesbaden, Jerman; dan Saratoga Springs, New York. Penggunaan air mineral sebagai minuman telah meningkat sejak pertengahan 1970-an. Air besar botol air mineral dari Perancis, Itali, dan negara-negara Eropah yang lain dieksport setiap tahun.


*Fauzi Jani*

COWAY (M) SDN BHD 
(Taman Tun Dr. Ismail Branch)

HOTLINE:  +60197434458 

Apa itu air Reverse Osmosis (RO)?

Reverse Osmosis Diagram 

Memahami Reverse Osmosis 

Menurut laman web Puretec Industrial Water, air Reverse Osmosis (Osmosis berbalik) biasanya dirujuk sebagai RO adalah satu proses demineralkan atau menyerap air dengan menolaknya dibawah tekanan melalui Membran Osmosis Reverse separa tetap. 


Osmosis

Sebelum itu, kita harus terlebih dahulu memahami proses Osmosis yang semula jadi. Apa itu Osmosis? Osmosis ini adalah fenomena semula jadi dan sangat penting dalam alam semula jadi. Ini adalah proses yang mana larutan garam yang lemah akan cenderung berpindah ke larutan garam yang kuat. Contoh mudah adalah apabila akar tumbuhan menyerap air dari tanah dan buah pinggang menyerap air dari darah. 

Untuk memahami lebih lanjut, mari kita lihat gambar rajah dibawah. 


Gambar rajah diatas menunjukkan pergerakan air yang mempunyai larutan garam yang rendah kearah air yang mempunyai larutan garam yang lebih tinggi. 

Semi-permeable membrane (membran separa telap) ini adalah membran yang membolehkan beberapa atom atau molekul melaluinya tetapi bukan yang lain. pori-pori cukup besar untukmembiarkan air melalui, tetapi cukup kecil untuk menghalang air cair dari melaluinya. 


RO (reverse osmosis) adalah proses osmosis sebaliknya. Osmosis berlaku secara semula jadi tanpa tenaga diperlukan, tetapi RO memerlukan tenaga yang diterapkan ke larutan. Kita perlu 'menolak' air melalui membran osmosis terbalik dengan menggunakan tekanan yang lebih besar darpada tekanan osmosis yang semula jadi untuk menghilangkan air (demineralize atau deionize) bagi memebenarkan air tulen melalui sambil menahan majoriti bahan pencemar. 

Bagaimanakah RO berfungsi?

RO menggunakan pam tekanan tinggi untuk meningkatkan garam-garam RO dan memaksa air merentas RO semi membrane dan meninggalkan hampir semua (95%-99%) garam terlarut bagi memastikan air yang terhasil bebas dari sebarang larutan (demineralized atau deionized). Air yang bebas dari sebarang garam mineral adalah lebih mudah diserap badan manusia terutama bagi memulihkan tenaga setelah keletihan. 

Permeate Water adalah air yang rendah kepekatan garam


*Fauzi Jani*

COWAY (M) SDN BHD 
(Taman Tun Dr. Ismail Branch)

HOTLINE:  +60197434458 

Friday, 12 April 2019

Kenapa perlu penapis air disetiap rumah?!

Air paip perlu dimasak sebelum diminum

Yang sering menjadi persoalan rakyat adalah, bagaimana keadaan paip air yang menjadi bekalan air
rumah-rumah kita?

Paip air yang berada didalam tanah menyukarkan kita untuk melihat ia secara terus dan hanya berharap bahawa ia membekalkan air yang bersih kerumah kita.

Ya!, Air yang dibekalkan oleh negara kepada rakyat memang bersih dan terawat, tetapi yang menjadi
persoalannya adalah, apakah paip kita memang sentiasa bersih daripada sebarang proses pengaratan? Jika diletakkan air paip yang tidak ditapis ini didalam gelas yang jernih dan dibiarkan selama beberapa jam, sudah pasti akan kelihatan warnanya yang berubah dan terlihat mendapan dibawah gelas tersebut. Inikah yang kita mahukan didalam badan kita dan juga ahli keluarga kita?

Mendapan didalam air paip yang tidak ditapis oleh mana-mana penapis air dipasaran


Maka sedarlah, sebersih mana air yang dibekalkan itu, adakah ia masih bersih sesampainya ia dirumah kita?
Keadaan paip air yang menyalurkan air kerumah-rumah di Malaysia
*Fauzi Jani*

COWAY (M) SDN BHD 
(Taman Tun Dr. Ismail Branch)

HOTLINE:  +60197434458 

Sunday, 7 April 2019

Kemudahan memiliki penapis air Coway Villaem II


Kenapa kita perlu bersusah payah dizaman serba canggih ini? Adakah masa itu tidak berharga bagi kita? Mengapa kita perlu membuang masa untuk menjerang air dan bersusah payah mengisi air didalam botol seterusnya diletakkan didalam peti ais dirumah bagi mendapatkan bekalan air sejuk?

Kenapa kita tidak terus memilih untuk memiliki mesin penapis air Villaem II yang memudahkan aktiviti harian kita, dengan hanya menekan butang-butang dimesin untuk mendapatkan air bekalan air panas, air sejuk, air suam dan juga air suhu bilik.

Adakah memiliki mesin ini berbaloi? Ya!!! Ia sangat berbaloi jika dibandingkan cara lama kita dirumah disamping dapat memastikan bekalan air kita sentiasa bersih dan selamat.

Adakah RM4 itu terlalu berat untuk anda jika dibandingkan kemudahan dan kebersihan yang pihak Coway telah sediakan untuk anda semua?

Reka bentuk yang diperbaharui daripada model Penapis Coway Villaem 1


Ciri-ciri yang terdapat di penapis air Coway Villaem II yang menjadi pilihan pengguna di Malaysia



Rekabentuk butang kawalan yang diperbaharui menaikkan lagi ciri-ciri kemodenan bagi menyesuaikan keadaan dapur yang lebih kotemporari di zaman serba baharu ini. 


*Fauzi Jani*

COWAY (M) SDN BHD 
(Taman Tun Dr. Ismail Branch)

HOTLINE:  +60197434458 

Jenis-jenis Penapis yang terdapat di dalam Produk Penapis Udara Coway

Seperti mana produk penapis air, Coway juga turut mengeluarkan produk penapis udara bagi memastikan pengguna dapat menikmati kualiti hidup y...