![]() |
Air Purifiers Coway Lombok II |
Udara
Satu hobi terbaik kita adalah berada dirumah dalam keadaan santai, boleh menikmati kemudahan dengan berada di tempat yang selamat. Akan tetapi, salah satu kemewahan paling penting adalah kualiti udara, yang mana ramai yang mengabaikannya.Kita bergantung hidup dengan udara sebagai sumber pernafasan. Penjagaan kualiti udara dirumah kita adlah sangat penting. Dengan memasang pembersih udara dirumah, udara yang berada didalam rumah adalah lebih bersih. Untuk memastikan peredaran darah yang lebih baik, dan sistem kekebalan yang kuat, adlah penting untuk menjaga kebersihan udara disekeliling kita terutama di kawasan bandar-bandar yang memiliki risiko lebih tinggi untuk tercemar.
Kenapa Perlu Pembersih Udara?
![]() |
Kulat didinding |
Mold
Mold adalah jenis kulat yang memerlukan kelembapan, kehangatan dan makanan untuk berkembang dan ia mengeluarkab spora kecil yang tidak nampak dimata kasar. Ia biasa berkumpul dikawasan lembab seperti bilik mandi, dapur atau ruang bawah tanah. Penghuni akan berasa pening, alergi dan sakit kepala. Pembersih udara akan menghalang ia dari melekat didinding.![]() |
Bersin kerana udara kotor |
Alahan
Asap rokok, debu, habuk, kotoran dan zarah udara lain sangat kecil dan tidak disedari dan zarah-zarah ini akan memberikan alahan yang teruk kepada mereka yang tidak tahan dengan zarah-zarah ini dan menjadikan mereka gatal mata, hidung berair, bersin, batuk atau bengkak dikelopak mata. Bagi menangkap zarah-zarah ini, pembersih udara yang berkualiti adalah sangat membantu.![]() |
Haiwan perliharaan yang menjadi kebiasan pecinta haiwan |
Haiwan Perliharaan
Mereka yang memiliki haiwan perliharaan dirumah sudah semestinya menggunakan vakum lebih banyak dari yang tiada haiwan perliharaan. American College of Allergy, Asthma and Immunology mengatakan bahawa alergi haiwan ini menjejaskan 10% populasi A.S. Alahan pula tidak hanya datang dari bulu haiwan sahaja, air liur, air kencing dan kelenjar kulit adalah sumber yang boleh melekat di perabot rumah.Penapis HEPA adalah disarankan keran bukan hanya menapis sehingga 0.3 mikron, akan tetapi juga ia dapat menapis bau yang tidak menyenangkan dengan mengaktifkan karbon didalam penapis.
![]() |
Asma adalah penyakit kronik melibatkan udara |
Asma
Pesakit asma adalah orang yang paling memerlukan pembersih udara. Ini kerana mereka udara yang tidak bersih akan menyebabkan mereka berasa sukar untuk bernafas. Akan tetapi, pembersih udara yang membebaskan ozon adalah tidak disarankan, Ini kerana, pembersih ozon akan memerangkap bau dengan mengubah komposisi zarah dan gas, tetapi ozon yang dikeluarkan dapat merengsakan paru-paru dan lantas mengaktifkan gejala asma.![]() |
Asap rokok menyebabkan pencemaran udara |
Asap Rokok
Dan akhir sekali, asap rokok yang akan mencemarkan udara dalaman, mengeluarkan bau, asap dan pencemaran yang akan mencemarkan kawasan tertutup seperti dirumah. Asap rokok sukar dihilangkan kerana sudah melekat diperabot dan orang yang menghidu asap rokok adalah orang yang paling terancam terutama kanak-kanak, orang asma dan alergi. Menjalankan pembersih udara sepanjang hari dikawasan tertutp itu mampu mengeluarkan zarah-zarah dari asap rokok tersebut.
*Fauzi Jani*
COWAY (M) SDN BHD
(Taman Tun Dr. Ismail Branch)
HOTLINE: +60197434458
No comments:
Post a Comment