![]() |
Alkaline Water for Healthier Life |
Air Alkali?
Mungkin ramai yang sering mendengar tentang air alkali ini, yang mana ada yang mengatakan ia dapat membantu melambatkan proses penuaan, mengawal tahap pH dalam badan kita dan juga mencegah penyakit kronik seperti kanser. Tetapi apa sebenarnya air alkali ini?"Alkali" merujuk kepada paras pHnya. Seperti semua tahu, pH 1 adalah bermaksud sangat berasid dan sesuatu dengan pH 13 adalah sangat alkali.
Air alkali mempunyai tahap pH yang lebih tinggi dari air biasa dan disebabkan ini, ramai percaya ia dapat meneutralkan asid didalam tubuh badan kita.
Tahap air yang biasa adalah 7, manakala air alkali adlah 8 dan 9. Akan tetapi pH sahaja tidak mencukupi untuk mengakaliniti kan air. Air alkali mesti mengandungi mineral alkali dan berpotensi bagi mengurangkan oksidasi negatif (ORP).
![]() |
Water Purifiers Inception dari Coway adalah salah satu product yang boleh menghasilkan Air Alkali |
Berfungsi ke Air Alkali ini?
Air Alkali ini banyak kontoversinya di mana banyak pakar kesihatan mengatakan tidak ada penyelidikan yang mencukupi untuk menyokong banyak tuntutan kesihatan yang dibuat oleh pengguna dan penjual. Walaupun begitu, terdapat kajian yang mana air ini membantu dalam keadaan yang tertentu.Sebagai contoh, air ini dapat menyahaktifkan pepsin, enzim utama yang menyebabkan refluks asid.
Kajian lain turut mengatakan air ini sesuai bagi mereka yang mempunyai tekanan darah tinggi, diabetes dan kolestrol tinggi.
Kesan sampingan yang mungkin dan risiko air beralkali
Walaupun air ini dianggap selamat, ia juga boleh mendatangkan kesan sampingan yang negatif jika diambil secara tidak terkawal. Antaranya dapat menurunkn keasidan perut yang semula jadi, yang mana perut tidak dapat melakukan proses pencernaan dan membunuh bakteria. Jika diambil dalam kuantiti yang banyak akan menyababkan masalah gastrousus dan kerengsaan kulit seterusnya mengganggu pH dalam tubuh badan kita.
Adakah ia Selamat ?
Minum air alkali semula jadi umumnya selamat kerana ia mengandungi mineral semula jadi. Walaubagaimanapun, kita harus berhati-hati dengan air beralkali buatan yang mungkin mengandungi mineral yang lebih sedikit daripada yang diperlukn untuk kesihatan yang baik daripada pH yang tinggi. Belebihan boleh menyebabkan kita kekurangan mineral. Adalah sebaiknya kita mengambil sebanyak dua kali sehari, diwaktu pagi dan diwaktu petang dan tidak secara berlebihan.
*Fauzi Jani*
COWAY (M) SDN BHD
(Taman Tun Dr. Ismail Branch)
HOTLINE: +60197434458
No comments:
Post a Comment